Monday, 23 July 2012 | 0 comment(s)
Topik: 3 orang sahabat dimasukkan ke dalam list "BFF"Dari : Nur Afiqah Binti Mohd Isa
Kepada: pelajar yang terlbat (Nur Hamizah Binti Mohamad, Nur Amalina Syazuina Binti Rosli, dan Siti Nur Zalina Binti Mohd Faizal)
Tarikh: 23 Julai 2012
Pada beberapa bulan yang lepas, sebanyak 3 orang pelajar telah dipilih untuk memasuki senarai sahabat terbaik (BFF) kepunyaan Nur Afiqah Binti Mohd Isa(saya)...Pelajar tersebut terdiri daripada 3 orang perempuan dari kelas 5 Sains Teknikal pada tahun 2012.. Oleh itu, mereka secara rasminya telah menjadi sahabat terbaik saya mulai daripada tahun ini(2012) walaupun saya sudah mengenali mereka dari tingkatan 4 lagi.. Walau bagaimanapun, tidak dilupakan juga seorang lagi calon daripada sekolah agama di Seri Menanti ( tak ingat nama sekolahnya), iaitu Siti Muzliana Binti Jalal yang juga akan disenaraikan untuk menyertai senarai tersebut.
Pelbagai kenangan yang pahit dan juga manis telah saya tempuhi bersama mereka yang membuatkan kehidupan ini berasa lebih ceria dan bermakna.. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan saya akan menjadi bosan tanpa kehadiran mereka dan keluarga yang tercinta. Walaupun persahabatan ini baru sahaja dibina, namun diharapkan bahawa persahabatan ini akan menjadi kukuh dan kami tidak akan dipisahkan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang..
Oleh yang demikian, saya berharap bahawa persahabatan ini dapat diperkukuhkan dengan tali persahabatan yang kuat dan tahan untuk menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan. Saya juga berharap bahawa mereka sudi menerima saya sebagai sahabat mereka dengan ikhlas.. Saya juga ingin mereka tahu bahawa saya sangat suka, berbesar hati, gembira tak terkata dan terharu apabila diterima dan menerima sahabat yang baik seperti mereka..
Dengan ini, tepat pada pukul 2340 pm, 23 Julai 2012, secara rasminya mereka menjadi sahabat saya...
Dilaporkan oleh,
afiqah
(Nur Afiqah Binti Mohd Isa)



