SAHABAT
Monday, 2 March 2015 | 0 comment(s)
Apa itu sahabat. Bagi ieqa perkataan SAHABAT itu terlalu subjektif. For me, Sahabat adalah seorang teman yang akan sentiasa berada disisi kita apabila kita memerlukan dia atau ketika dia memerlukan kita. Bukan sekadar teman ketika suka, tetapi teman diwaktu duka juga. Dia akan menjadi sebagai pelindung kita, penasihat kita, seorang teman yang takkan tinggalkan kita walau bagaimana teruk pon perangai kita. Dia akan sentiasa sabar dengan karenah dan telatah kita kerana setiap manusia itu diciptakan dengan kekurangan. Maka setiap manusia perlulah bertolak ansur dan menerima setiap kekurangan itu seadanya. Dia akan menasihati kita ke arah kebaikan. Dan takkan pernah jemu untuk mengingatkan kita. For me, That is what SAHABAT means. For you? Do share your opinion.. :)




